Make Glitter Text

Wednesday 15 June 2016

Nukilan Buat Insan bernama Sahabat...



Sudah lama jari jemari ini tidak menari memenuhi ruangan Blog...
Sudah lama "dia" diam membawa diri... 
Bukan kerana kecewa...
Tetapi kerana ilham masih belum diterima.

Maaf tulisan kali ini agak panjang dan memakan masa yang agak lama untuk dibaca...

Buat sahabatku. Indahnya persahabatan yang terbina kerana Allah.
Tertautnya hati2 kerana ingin meraih Ukhuwah sejati.


Geng F6 -SLISS-


Geng Humaira' INSANIAH


Mulai hari ini... niatlah utk membina sesuatu perhubungan itu kerana Allah, bukan kerana sesuatu kepentingan duniawi. Sahabat adalah Insan2 Istimewa yang Allah beri selepas keluarga sendiri. Hargailah sebuah persabatan yang pernah kita jalin. Hanya insan2 terpilih sahaja yang mempunyai sahabat dunia akhirat. Sahabat susah dan senang.

Geng Kedahan .... UKM

Carilah sahabat dikala hati mu punya rasa senang dan bukan hanya mencari sahabat dikala hatimu sedang sakit dengan manusia. Anugerah persahabatan yang Allah beri adalah untuk dihargai. Bukan untuk dujual beli.

Hanya dengan Sahabat ja kita tunjuk perangai gila2 kita

Sabahatku,
Allah takdirkan kita untuk bersama, sebagai sebuah keluarga yang berlainan IBU dan AYAH. Namun ikatan ini sah sampai syurga. Untuk mengekalkan sebuah persahabatan bukanlah dengan cara saling bertemu atau berkomunikasi. Tetapi sahabat syurga adalah sahabat yang sentiasa mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuan sahabat tersebut.

Raikan Kawan Baik Kawen



Doa ku untuk mu sahabat... agar kita sama2 menjadi wanita Solehah... kerana sebaik2 perhiasan dunia itu adalah Wanita Solehah. Walaupun kita tidak sering bertemu didunia... tetapi ku doakan agar kita dipertemukan di Syurga Firdausi.


Sahabatku,
Aku tidak pernah meminta dari mu wang ringgit atau harta duniawi. Cukuplah sekadar ingatan tulus ikhlas di dalam doa mu. Doakan kita sama2 menjadi Wanita Solehah. Bukan solehah yang dicari untuk mengejar cinta ajnabi. Tetapi solehah yang diterima Ilahi.


Sahabatku,
Andai aku ditakdirkan pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu darimu, ku pohon ikatan doa yang tidak putus-putus. Doakan kita bertemu di Syurga Allah.  


Maafkan diri ku seandainya masih terselit didalam hati mu rasa pernah disakiti. Maafkan diriku andai kau masih ingat kesalahan2 ku. Halalkan segalanya yang pernah kita kongsi. Halalkan apa2 saja yang pernah aku terambil atau ambil dari mu tanpa pengetahuan mu. Halalkan semuanya agar aku tidak tersangkut ketika melalui titian sirat nanti. Halalkan semuanya wahai sababat ku.

Maafkan aku andai tulisan ini membuat hatimu sedih. Aku hanya ingin memberitahu sahabat lu bahawa aku ingin persahabatan kita ini adalah kerana Allah semata2. Ikatan Kasih dan Sayang yang ada bagaikan sebuah KELUARGA.
Geng MPNK -HACKS-

Ku hargai pertemuan dan ukhuwah yang terbina.

Akhir kalam. Doakan kejayaan dan kebahagian kita semua.
Salam Sayang dari insan kecil bernama Sahabat.

Tahniah Kawan
Kami Geng KUIN
 Pengantin laki pon!!!


Bagi yang xda dalam "Gambar"... maaf... dlm ltop ada yang ni ja... yg lain save dalam hati... haha... save sakan dlm ltop... sampai xtau save tang mana. nama folder pon xjmpa 

 Maaf jgn kecam saya... hihi




3 comments: