Warkah Buat Humaira’
Adik-adikku permata Humaira’,
Telah ditakdirkan kita bertemu dibumi INSANIAH,
Ditakdirkan kita sekuliyyah,
Tapi, berasalnya kita dari berbagai sekolah.
Bermulanya persahabatan dengan perkenalan, tapi…..
Jangan biarkan ia berakhir dengan pertengkaran/ pertelingkahan.
Biarlah ia berakhir dengan KEMATIAN, yang dijemput baik oleh Yang Maha Pencipta ( khaliq)
Persahabatan bukan satu percaturan, tetapi… Persahabatan lebih dari sebuah kekeluargaan. |
Dalam bersahabat kita bukan sahaja perlu memimpin,tetapi…belajarlah untuk dipimpin.
Terimalah sesuatu yang pahit demi masa hadapan, agar ia menjadi SATU PEMBETULAN dari KESILAPAN.
Dalam persahabatan perlu ada: i) Kepercayaan ii) Keikhlasan iii) Kejujuran iv) Kesabaran v) PENGORBANAN |
Adik-adikku buah hatiku,
Jauhmu hanya dimata,
Tapi dihati tidak sesekali,
Suka dukamu,
Tawa tangismu,
Turut menjadi milikku.
Mungkin kerana kita terlalu rapat,
Kita kurang menegur kesilapan masing-masing kerana menjaga hati,
Jangan biarkan dunia memisahkan kita,
Biarpun umur membezakan kita,
Tetapi hati kita sama,
Kita ditakdirkan bukan hanya sekadar PERKENALAN / PERSAHABATAN.
Tetapi, kita ditakdirkan bersama dalam satu kalam.
MEMPERJUANGKAN ISLAM.
Aku tidak pernah impikan pertemuan ini,
Apalagi mengharapkan hidup yang kosong kembali berseri,
Haruman ukhuwah yang kamu sirami,
Bak hembusan kasturi menyegarkan rohani,
Siapa aku tak layak dihargai,
Tapi kamu tetap tegar melayani,
Ku lafazkan zikir alunan Ilahi,
Sujud menagisi anugerah persahabatan suci,
Moga kita tetap bersama meniti hari,
Jatuh bangun sama dirasai.
Teruskan perjuangan Srikandi Islami,
Walau darah menitis membasahi bumi.
Warkah Buat Cinta
Cinta,
Warkah ini dihasilkan bukan untuk menolakmu,
Warkah ini juga dihasilkan bukan untuk menerimamu,
Ku tiada kepastian untuk memberi sebarang keputusan atas pertanyaanmu.
Cinta,
Kau hadir bukan pada waktunya,
Kau hadir bukan pada tempatnya,
Kau hadir bukan pada haknya.
Cinta,
Ingatlah!!! Telah tertulis dalam kitab suci Al-Quran:
Firman Allah Taala:
àM»sWÎ7sƒø:$# tûüÏWÎ7y‚ù=Ï9 šcqèWÎ7y‚ø9$#ur ÏM»sWÎ7y‚ù=Ï9 ( àM»t6Íh‹©Ü9$#ur tûüÎ6Íh‹©Ü=Ï9 tbqç7ÍhŠ©Ü9$#ur ÏM»t6Íh‹©Ü=Ï9 4 y7Í´¯»s9'ré& šcrâ䧎y9ãB $£JÏB tbqä9qà)tƒ ( Nßgs9 ×otÏÿøó¨B ×-ø—Í‘ur ÒOƒÌŸ2 ÇËÏÈ
(Surah An-Nur: 26)
26. (lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.
Adakah cinta tidak yakin dengan kebenaran ini???
Saya tau Cinta yakin, tapi bersabarlah,
Kita merancang Allah juga merancang,
Tapi perancangan Allah itu lebih baik dan tepat.
Kita dilahirkan dalam nikmat Islam, maka….
Berjuanglah untuknya (Islam).
Jadikanlah Allah dan Rasul sebagai cinta pertama,
Maka cinta akan memdapatkan semuanya.
Cinta,
Kita dilahirkan dibumi Allah ini adalah sebagai khalifah,
Allah berfiman :
øŒÎ)ur tA$s% š•/u‘ Ïps3Í´¯»n=yJù=Ï9 ’ÎoTÎ) ×@Ïã%y` ’Îû ÇÚö‘F{$# Zpxÿ‹Î=yz ( (#þqä9$s% ã@yèøgrBr& $pkŽÏù `tB ߉šøÿム$pkŽÏù à7Ïÿó¡o„ur uä!$tBÏe$!$# ß`øtwUur ßxÎm7|¡çR x8ωôJpt¿2 â¨Ïd‰s)çRur y7s9 ( tA$s% þ’ÎoTÎ) ãNn=ôãr& $tB Ÿw tbqßJn=÷ès? ÇÌÉÈ
30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
Sesunggunya Allah tidak akan mempersia-siakan hamba-hamba-Nya yang taat.
Cinta,
Pimpinlah dirimu sebelum cinta memimpin Isteri,
Pimpinlah Isteri sebelum cinta memimpin anak,
Pimpinlah anak sebelum cinta memimpin dunia.
Setiap pemimpin selalu diperhatikan oleh orang dibawah pimpinannya.
Kekasih ALLAH dihadiahkan dugaan tanda ingatan-NYA..
Tidak dibiar terlena dalam dakapan lazat melimpah..
Tapi dihidangkan keperitan, susah & payah yang tidak sudah..
Indahnya mEnjadi kekasih ALLAH..
Secuit payah, selamanya di JANNAH…
Semoga Allah memberkati & melindungimu, Cintaku. J
bertemu berpisah adalah kerana-NYA
ReplyDeleteKu terima segala ketentuan-NYA
ReplyDeletesebak hatiku tatkala mmbaca warkah ini.... aku mnyayyangimu kerana ALLAH,,, biarlah apa pn trjadi, xkan ku gadaikan ukhuwwah ini....
ReplyDeleteSyukran ^_^
ReplyDeleteHebatNya Allah itu mempertemukan hati2 dalam memperjuangkn kalimat Allah dimuka bumi ini,igtlah whi shbt2ku,ukhti2 ku,peranan dalam kehidupan kita,jgn trlalu trleka dgn perkara2 dunia,sehinggalah kita lalai mengigatiNya,Dia lah Tuhan yg mempertemukan hati2 ini,berkasih syg kerana Allah...segalanya indah kerana ALLAh...
ReplyDeleteInsyaAllah adik2 ku...^_^
ReplyDelete