Make Glitter Text

Friday 18 February 2011

10 KELEBIHAN,KURNIAAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Coretan saya pada kali ini, saya nak berkongsi sesuatu tentang Nabi kita yang paling Agong iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Baca sampai habis taw!!!


Kelebihan yang Allah beri pada Kekasih-Nya, yang tidak terdapat pada Nabi dan Rasul yang lain. Jom kita sama2 kaji….


Pertama
Allah menyucikan Nabi. Suci yang dimaksudkan ialah segala yang hadir dari Nabi adalah Benar dan terbukti kebenarannya. Di dalam Surah An-Najm ayat pertama pon Allah dah Sumpah…. Maksudnya: Demi bintang ketika terbenam….. Kawanmu ( Muhammad ) tidak sesat dan tidak pula keliru…. Segala percakapan Nabi,Ilmu  Nabi, pandangan Nabi, Perangai Nabi… semunya Allah A’zzawajalla jaga… tengok maksud2 dari Surah An-Najm….


Kedua                                                                                                                    
Panggilan yang Allah gunakan untuk Kekasih-Nya….panggilan yang saya nak katakan ni ialah bagi tiap kali Allah bagi Wahyu pada Nabi Muhammad, Berbeza dengan panggilan kepada Nabi2 dan Rasul yang lain…. Jom kita tengok dlm Al-Quran… Surah apa saya xpasti tapi kita kena sama2 tengok la sebab dalam Al-Quran tercatat macam tu…. يا أيها ألنبى" @ "يا أيها ألرسول"…..” tapi kalau pada Nabi dan Rasul yang lain saya bagi Contoh: Nabi Adam, Nabi Musa, Nabi Daud dan lain2. Contohnya: “Ya Adam….”….. “Ya Musa….”…. “Ya Daud…” dan lain2.. Allah terus guna nama tapi untuk kekasih-Nya…. Panggilan lain. Cuba sahabat2 sekalian renungkan maksud ayat ni dari Surah An-Nur:63 yang bermaksud: Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul(Muhammad) di antara kamu seperti panggilan  sebagian  kamu kepada sebagian yang lain……”apa yang kamu faham? Jom kita kongsi pandangan….


Ketiga
Kelebihan yang Allah berikan pada Nabi Muhammad ialah Wahdatun Nabi tahu masa lalu( dahulu kala ), masa akan datang( sekarang ) dan  bakal berlaku ( Hari Kiamat ) Nabi tahu semuanya.  Dakwah yang Nabi Muhammad bawa juga dipermudahkan Allah… Jom kita sama2 renungkan maksud ayat dari surah ni…> Surah Ali-Imran: 81< Maksudnya: Dan ( ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para Nabi, “ Manakala  Aku  memberikan kitab dan hikmah kepadamu lalu datang kepada kamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada pada kamu,niscaya kamu akan sungguh2 beriman kepadanya dan menolongnya, (maksudnya para nabi berjanji kepada Allah SWT bahawa bilamana datang seorang Rasul bernama Muhammad mereka akan beriman kepadanya dan menolongnya. Perjanjian nabi-nabi ini mengikat pula para umatnya) Allah berfirman, “ Apakah kamu setuju dan menerima perjanjian dengan-Ku atas yang demikian itu?” Mereka menjawab, “ Kami setuju. “ Allah berfirman, “Kalau begitu bersaksilah kamu (para nabi) dan Aku menjadi saksi bersama kamu.”  Surah Ali-Imran : 81. Dan nama Nabi Muhammad disebut2 bersama Allah. Buktinya: ketika Azan,iqamah, dalam Syahadah sendiri dan banyak lagi. Jom kita fajami maksud dari Surah Asy-Syarh: 1-8…. Jom tengok sendiri.


Keempat
Selawat keatas Nabi Muhammad,Allah, para malaikat semuanya berselawat kepada Nabi… Kita??? Jom kita renung ayat dari Surah Al-Ahzab : 56 Allah berfirman : Terjemahannya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi ( Selawat dari Allah bererti member rahmat  manakala dari malaikat pula memohon ampunan dan kalau dari orang2 mukmin pula bererti berdoa agar diberi rahmat seperti dengan perkataan, Allahumma salli’ala Muhammad ) Wahai orang-orang yang beriman ! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.(Surah Al-Ahzab : 56)  Jom kita sama2 selawat kepada Nabi kita…. Sekali kita selawat pada Nabi…. Sepuluh kali Nabi selawat pada kita.


Kelima
Allah bersumpah dengan kehidupan Nabi ( hayat Nabi ). Jom kita tengok maksud dari suran ni pulak Allah berfirman: terjemahannya: (Allah berfirman), “ Demi Umurmu ( Muhammad ), sungguh maka terumbang-ambing dalam kemabukan ( kesesatan ). >Surah Al-Hijr : 72< yang saya faham kat sini Allah tangguhkan bala yang Dia nak turunkan pada hamba Dia ( zaman Nabi ) sebab ada yang tidak percaya pada pembawakan Nabi,tapi Nabi Allah ni mintak tangguh sebab terlalu sayangkan umat dia.


Keenam
Allah melarang kita dari meninggikan suara…...  Jom kita sama2 fahami terjemahan ayat ni. Terjemahannya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya , dan bertakwalah  kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Mendengar ,Maha Mengetahui. Jom kita renung ayat yang kedua pulak terjemahannya:  wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi,  dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebagian kamu yang lain,nanti (pahala) segala amalanmu bisa terhapus sedangkan kamu tidak menyedari. Dan banyak lagi maksud yang terkandung dalam surah ni….. kaji sendiri ya…. >Surah Al-Hujurat: 1-4<


Ketujuh
Ketaantan kepada Nabi. Maksudnya hadis>siapa yang taat Rasul maka dia adalah orang yang taat pada Allah.  Surah Ali-Imran:31 terjemahannya: katakanlah (Muhammad), “ Jika kamu mencintai Allah,ikutlah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu,” Allah Maha Pengampun , Maha Penyayang. Jika kita tidak taan pada nabi bererti kita tidak taat pada Allah. Dialah Nabi yang terakhir.


Kelapan
Allah tidak akan turunkan bala selagimana Nabi ada bersama. Cuba kita ingat kembali sirah-sirah para Nabi-nabi yang lain…. Nabi Nuh A.S sendiri, dakwahnya susah diterima baik oleh hambanya pada masa itu dan akhirnya bala menimpa kaumnya. Nabi musa juga. Tapi masa kenabian Nabi Muhammad… ada bala yang Allah turunkan??? Renung-renungkan. Allah tidak akan turunkan bala sebab Allah nak memuliakan Nabi walaupon pada masa tu ada orang kafir bersama. Macam Nabi lain…. Bala diturunkan walaupon ada Nabi bersama kaumnya.. Nabi Muhammad??? Tak dak…


Kesembilan
Isteri-isteri Nabi adalah tergolong dalam golongan mukmin, semuanya islam. Jom kita sama-sama buka Al-Quran  yang kita sayang.. Surah Al-Ahzab : 5,6,33,51 dan 53…. ^_^…… apa yang sahabat fahami???


Kesepuluh
Umat islam (umat Nabi Muhammad ) boleh menjadi saksi kepada umat-umat yang terdahulu..  jom kita buka Surah Al-Baqarah pulak…. Ayat  yang ke-143

Kecintaan Allah pada kekasih-Nya terlalu indah sehinggakan Nabi2 dan Rasul yang lain tidak milikinya. Tak sayangkah kita pada Nabi Muhammad? Nabi kita… Nabi yang membawa ajaran Islam kepada kita….Jom muhasabah balik diri kita. Dah berapa kali kita berselawat keatas nabi hari ni?


Kepada kawan-kawan sekuliyyah dan sahabat2 sekalian kalau ada yang tersalah dalam perkongsian saya pada kali ni sila maklumkan, saya hanya nak berkongsi  sekadar apa yang saya faham.

Sumber dari kitab yang bertajuk عقيدتنا karangan oleh  دكتور مهمد ربيع مهمد جوهرى
Juz ke-2, kitab Tawhid dari Kuliyyah Syariah Tahun 2 sem 4 muka surat 87-92….. tolong semak ya….

>>>Celuplah  jarimu kedalam air laut, air yang menitis dari jarimu adalah ilmu yang kamu miliki,dan bakinya adalah apa yang belum kamu miliki, jom kongsi ilmu sahabat sekalian dengan saya. Ilmu saya masih kurang dan banyak lagi yang perlu saya terokai.


BACA DAN KONGSI PANDANGAN.... ^_^

Wednesday 9 February 2011

Ana Uhibbuki Fillah


-“Apa? Ana uhibbuki fillah? Ustaz sedar  tak apa yang ustaz lafazkan? Tanya seorang Nisa’ kepada seorang Rijal yang  berdiri berhampiran dengannya.”
-Terkelu dan terdiam Rijal, dia juga agak terkejut dengan soalan spontan dari Nisa’, dari hati dan perasaannya kuat menyatakan bahawa Nisa’ tidak akan menolak, tapi ……
-“Maaf, ustaz tak sepatutnya mengeluarkan statement macam ni,”dalam nada marah Nisa’ menjelaskan rasa protes dihatinya.
-“Ana ikhlas, ana memang sayangkan ustazah kerana Allah, salah kah?” Rijal cuba menjelaskan maksudnya.
-“Memang salah, ustaz salah menyayangi seseorang, sayang itu bukan  milik saya, tapi milik Allah,” Nisa’ sekali lagi menolak.
- “Sayang itu juga merupakan satu perasaan yang Allah titipkan dalan hati setiap insan, FITRAH bagi  setiap insane untuk ada perasaan itu, kenapa enti menafikannya? “Rijal meluahkan hasrat dihatinya.
-“Saya tidak nafikannya, malah saya senang sekiranya ada orang yang sayang pada saya, tapi sayang tu biarlah betul pada tempatnya, sayang pada yang Maha Esa tu kan lebih baik dari sayang pada saya? Nisa’ cuba menjelaskannya lagi.
-“ Ya,memang betul, tapi hati,perasaan dan naluri kita tu merupakan fitrah lahiriah yang Allah beri untuk setiap insan  untuk kita saling berkasih sayang,” Rijal cuba untuk memahamkan Nisa’.
- “ Adakah kata-kata yang keluar dari lidah ustaz tu ikhlas dan jujur? Soal Nisa’
-“ Ya, sangat ikhlas dan jujur”. Rijal seperti biasa, kata-kata yang dilafazkan mampu  mencairkan hati seorang Nisa’.
Tapi….. Nisa’  ini bukan mudah di tawan….
-“ Maaf, kata-kata ustaz tu sangat menyakitkan hati saya. Jelas Nisa’
- Hati seorang perempuan memang mudah ditakluki,sebagai saudara seislam saya mohon pada ustaz tolang jangan lafazkan kata-kata yang sangat menguji hati, Simpanlah ia untuk insan yang bergelar ISTERI,terang Nisa’.
 - Setiap insan memang dilahirkan dengan perasaan cinta,kasih sayang dan naluri serta fitrah manusia untuk saling cinta mencintai serta sayang menyayangi, ana pilih enti untuk dijadikan ratu hidup ana, ana lihat …….belom sempat Rijal meneruskan kata-katanya.
- Cukup!!!!,,Maaf saya hanya ingin menjaga hati,jangan diajak telinga saya untuk berzina, kata-kata tadi memang indah didengari tapi itu nafsu sahaja, janganlah kita cuba membuka pintu-pintu neraka dengan jalan dan bentuk-bentuk zina,saya memang bukan  yang terbaik untuk berbicara tentang kasih sayang atau cinta tapi, “Tolonglah , saya  hanya ingin menjaga hati, menjaga amal agar tetap tertuju hanya untuk-Nya. Tolong, bantu saya menjaga diri ini untuk tidak berzina dengan berduaan dengan ustaz! Jangan ajak tangan saya  berzina dengan menerima kasih sayang ustaz! Jangan ajak mata saya  berzina dengan memandang ustaz! Kerana janji Allah itu pasti. Wanita baik hanya diperuntukkan bagi laki-laki baik,begitu juga sebaliknya” Nisa’ mengakhiri hujahnya lalu melangkah pergi meninggalkan Rijal.
**********************************************************************************************

Masej yang nak saya sampai kat sini bukan la jalan ceritanya tapi hakikat sebenar tentang perkataan yang sangat bernilai iaitu >ANA UHIBBUKI FILLAH <

Saya bukan lah orang yang hebat untuk berhujah tentang ayat ini… tapi ini hanyalah sedikit perkongsian yang saya ingin kongsi bersama sahabat sekalian. Kita perlu muhasabah semula  tentang sesuatu yang kita akan lakukan,,, telajak perahu boleh di undur terlajak kata ????

Cinta itu sangat mudah dilafazkan tetapi payah membuktikannya apa lagi mengekalkannya.-
(DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

Jadikanlah sesuatu yang kita sayang tu sangat2 bernilai…..

Hati kita mudah di uji…. Tambah2 kalau perlu bekerjasama dalam gerak kerja berorganisasi ni….. sayang tu memang selalu hadir….… memang  tak salah nak jatuh cinta.. tapi biarlah kena pada tempatnya….

Kalau sayang tu dilafazkan untuk muslimat sesama muslimat atau muslimin sesama muslimin… tu perkara biasa….tu ukhuwah Fillah Abadan Abada………… Tapi kalau sebaliknya? Adakah ini bukan jalan atau bentuk Zina? Dalam Al-Quran   pon ada tercatat…

Terjemahannya yang bermaksud:  Dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh suatu perbuatan keji,dan suatu jalan yang beruk. ( Surah Al- Isra’ :32)

Janganlah kita memberi ruang dan peluang kepada syaitan dengan membuka jalan-jalan zina.

Dunia adalah terminal dalam perjalanan menuju alam yang  serba misteri lagi kekal abadi. Maka, maksiat itu adalah salah satu cubaan dan ujian keduniaan yang diberikan secara serta merta untuk melihat siapa yang dapat menlepasinya atau tenggelam dan lemas didalammya.- (DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

Jangan terlalu mudah melafazkan sayang@ cinta @ sebagainya….. kerana sekali ia dilafazkan sampai mati ia kan menjadi satu kenangan bahkan boleh juga menjadi satu kebencian. Biarlah ia menjadi satu rahsia.

Kalau diibaratkan cinta itu bagaikan berlian,ia memang sukar diperolehi. Tetapi jika sudah memperolehinya,harganya mengatasi semua batu dimuka bumi- (DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

Tak salah untuk kita jatuh cinta @ sayang pada seseorang tapi …. Biarlah kena pada tempatnya… Pernahkah kita melafazkan sayang kita pada orang yang lahirkan kita? Tak sayangkah kita pada kedua ibubapa kita? SAYANG? Sayang yang macam mana? Hakikatnya kita malu untuk meluahkan rasa sayang kita pada mereka… tapi pada orang lain kita boleh pulak nak lafazkan kata sayang tu….

Kalau benarlah kita sayang pada dia….. gunalah cara yang terbaik untuk dia dah kita….. Jodoh,pertemuan,ajal maut semuanya Allah yang tentukan.. kita hanya merancang, Allah juga merancang… tapi perancangan Allah adalah yang Terbaik…Berdoalah pada-Nya. Lebih tepat lagi berIstiqharahlah dalam memilih.



Firman Allah tentang kepastiaan Jodoh berpasangan: Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji (pula),sedangkanperempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik,dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yangdituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia( Syurga).

Apabila seorang lelaki menyukai  seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah-(DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

Jangan cari masalah jika tidak sanggup menyelesaikannya, jangan  cari bebanan jika tidak sanggup memikulnya. Tanggungjawab bukan satu perkara mudah, jika belom bersedia untuk pikul tanggungjawab jangan mulakannya.

Kehidupan ini harus berjalan selari dengan kehendak syariat kerana kebahagiaan yang sebenar bukan bertunjangkan nafsu, tetapi keimanan yang jitu.- (DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

Memang dugaan kalau hati kita diuji dan teruji dengan perasaan.. susah untuk diterjemahkan.
Manusia tidak dihalang bercinta, bahkan cinta suci adalah antara jalan-jalan ke syurga.- (DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

 Terkadang kita mungkin terlupa hakikat sebenar kehidupan, kita memilih jalan yang sukar demi mencapai cita-cita.




Bersabar dengan semua dugaan, teruslah memberi yang terbaik dah lebih daripada apa yang anda dimestikan,itu lebih baik daripada sibuk melayan kerenah orang hingga akhirnya anda juga jadi culas lalu kecundang.- (DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

Coretan saya pada kali ini hanyalah satu perkongsian, saya hanyalah insan biasa yang masih belajar tentang erti sebuah kasih sayang. Sekiranya perkongsian saya ini ada yang salah dan melanggar hukum Syara’, ya silakan untuk kalian perpetulkannya, Semoga kita semua dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah. ^_^