Make Glitter Text

Friday 17 October 2014

Perbualan dua jiwa menjadi Satu



Adik : Kak….
Kakak : ya…..
Adik : Tanya sikit boleh?
Kakak : ya dik…. Silakan…
Adik : akak… kenapa ya…. Kadang2kan adik tgok… kawan2 adik ni perangai  tu kadang lebih teruk dari adik… tapi Berjaya....
Kakak : yaka? Tau mana depa teruk? Kakak xfaham… jelas sikit (senyum sambil buat mata comel)


Adik : yela…. Kadang adik tengok… ada kawan adik ni… perangai huhahuha tp pandai… study xtaqa (sungguh2)  mana tapi dekan tiap sem… solat xjaga mana pon… kadang subuh x bangun pon…. Kalau dia solat pon… mesti subuh gajah… couple sana sini…”sikit2 date” maksudnya hidup dia ada maksiat yang dia buat… Tapi dia Berjaya… kan kak ada kata : ILMU ITU CAHAYA… CAHAYA XKAN MASUK DALAM HATI YANG PENUH KEHITAMAN (MAKSIAT)

Ku tersenyum melihat adikku yang kerunsingan memikirkan sesuatu yang tidak pasti…

Kakak : adik…. Apa yang adik lihat tu hanyalah luarannya sahaja…. Kita sendiri pon xpastikan HUBUNGAN kita dengan Allah tu macam mana…. Apatah lagi hubungan kawan kita tu dengan penciptaNya

Adik : maksud kakak?

Kakak : apa yang kita lihat tu kadang xsama dengan apa yang ada didalamnya….

Apa yang kita Nampak : kawan kita tu perangai gila2…. Kadang sewel… adab xjaga… solat lambat.. pakwe makwe sana sini… study sikit tp Dekan… bagi kita … seolah-olah hidup dia tu penuh maksiat… kan??? Kita selalu fikir orang tu jahat… pastu kita ja baik…. Kita selalu Nampak salah orang ja kan?

Adik : hahaha… (Gelak double jahat) erm… sikit la…

Kakak : sebenarnya kita tu sendiri… hati kita yang jahat…. Penuh buruk sangka ngan orang… buruk sangka ngan Allah… Hati xikhlas dalam melakukan kebaikan…

Kalau kita nak Berjaya kenapa kita perlu lihat buruknya seseorang?

Contoh paling mudah : kita nak kaya… xkan kita nak tengok seseorang yang miskin lagi PEMALAS? Dak kan….? Mesti la kita lihat pada peribadi seseorang yang Berjaya kaya raya….

Mesti kita nak tau apa rahsia dia kan?

Apa yang kita nampak tu hanyalah luarannya sahaja… tapi dalam hati dia kita xtau….ok mai kakak terang sikit bagi nampak jelas

Pertama : MUNGKIN dia solat lambat dan  kadang2 kita nampak dia melengah2kan waktu  tapi HATI DIA PENUH KEKHUSYUKAN pada Allah… hati dia ikhlas mencari redho Allah…kita? Memang selalu solat diawal waktu rajin plak jemaah kat masjid tapi… HAKIKATNYA … HATI/JIWA/RAGA kita selalu lalai… ingat hat nu… ingat hat ni…

Kedua : kita nampak dia study sikit tapi pandai… kita nampak dia yang SEKARANG….. kita xnampak dia yang kecik2 masa dia kecik2 kita xnampak susah payah dia dalam mencari ilmu… dia kena labuh(tibai/rotan) ka… dia kena tongkoi kayu ka… kita xnampak semua tu… KITA SELALU XNAMPAK SUSAH PAYAH ORANG…. Kita time kecik2 main banyak… study sikit… kawan kita time kecik? Kita xtau kisah silam dia… Mungkin ada juga yang Allah bagi dia memang cerdik dari kecik… rezeki la tu…

Ketiga : kita nampak dia couple sana sini…. Tapi hakikatnya kita xtau… MUNGKIN depa jumpa tu atas sebab yang terdesak. Buat apa kita cari kesalahan orang… buat apa kita selalu fikir buruk orang.. kalau pon betul dia couple xpa la… doakan dia… moga Allah bagi petunjuk dan hidayah pada dia… doa la yang baik2 pada dia… apa yang kita nampak JAHAT orang… jahat kita? Kita nampak dak? HATI kita tu… kita xtau kan… dalam xsedar kita pon buat maksiat jgk…. Hati yang penuh kelalaian…. Ingat kat orang tu… ingat kat orang ni… rindu sana …. Rindu sini… rindu pada yang xhalal…. So sekarang? Kita ngan kawan kita tu sama atau x? hah… lu fikir sendiri….

Keempat : hidup kita ni selalu SALAH… apa yang salahnya? Kita selalu nampak salah orang… kita sorang ja baik. Apa kawan kita buat semua salah… semua maksiat… tapi kita? Selalu nampak kita betul/ baik. Yang sepatutnya diperbaiki tu adalah kita. Hati kita. Semuanya kita lah…. Okey… cuba renung sejenak… dalam sehari… berapa kali kita fikir KESALAHAN kita? Sejam? seminit? Ka xpernah langsung? Kita xtau dalam hati kawan kita tu ada apa… MUNGKIN dia selalu ingat Allah… selalu mohon ampun/taubat pada Allah… kita? Ada apa ja? TAU BUAT ADA LA…

Nampak dak kat nama kurangnya kita?

1. Solat la seKHUSYUK mungkin…. Cari redho Allah… Niat nak jadi baik lagi soleh/solehah. Tajdid niat tu selalu….mintak doa kat Allah moga kita selalu ada dalam Rahmat Kasih Sayang-Nya. Allah x pernah kecewakan hamba-Nya yang memohon… Cuma lambat atau cepat ja sesuatu permintaan tu…

2. Apa yang kita rasa kurang pada diri… perbaiki la… kalau tau kata bacaan Quran kita xbaik… maka perbaiki la… kalau tau kata kita xpandai cakap Arab/ inggeris maka perbaiki la… Better late than never… Allah xkan ubah apa2 melaikan kita yang ubah sendiri… nak dapatkan sesuatu yang baik perlukan kepada PENGORBANAN

3. Kita memang  rasa yang kita ni xcouple2 ni tapi dalam masa yang sama kita pon ada buat dosa FREE… dosa macam mana? Rindu pada seseorang yang xhalal… solat pon ingat kat dia… Bahaya Betol… Perbaiki la hati kita… sibukkan diri kita dengan sesuatu yang manfaat… PENGISIAN ROHANI


 4. Hakikatnya yang perlu untuk dibaiki tu kita… HATI kita yang penuh dosa maksiat… kita kurang mintak ampun pada Allah … kita kurang ingat Allah…. Hidup kita lebih ingat/menyebut manusia dari Allah… ruginya kita….

Kesimpulannya…
Kita nak Berjaya… kita yang ubah diri kita jadi Berjaya… xkan ada sesiapa yang mampu ubah kita melainka diri kita sendiri....

Nak perjaya perlu ada duit… xda duit.. mati kering… zaman la semua perlu kepada duit… duit xda xleh isi minyak…. minyak xnaik… tapi subsidi dikurangkan 20sen

DUIT= DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKAL

Perbaiki solat…. Jadilah hamba yang solat diawal waktu + khusyuk + ikhlas…

Doakan orang lain tanpa pengetahuan dia… In Shaa Allah… Doa itu U-TURN

Jaga hubungan dengan Allah… itu penting… jaga hubungan dengan IBUBAPA itu lagi penting sebab redho Allah terletak pada Redho kedua ibubapa kita…

XPERLU KATA APA2…. SENYUM ^_________^



P/S : Maaf perkongsian kali ini sangat santai… sapa nak komen silakan… sapa nak kritik pon xpa…. Sekadar penulisan biasa2 untuk menaikkan semangat/ hati yang lemah…

Semoga bermanfaat buat tatapan pembaca… ^_^