Make Glitter Text

Wednesday 9 February 2011

Ana Uhibbuki Fillah


-“Apa? Ana uhibbuki fillah? Ustaz sedar  tak apa yang ustaz lafazkan? Tanya seorang Nisa’ kepada seorang Rijal yang  berdiri berhampiran dengannya.”
-Terkelu dan terdiam Rijal, dia juga agak terkejut dengan soalan spontan dari Nisa’, dari hati dan perasaannya kuat menyatakan bahawa Nisa’ tidak akan menolak, tapi ……
-“Maaf, ustaz tak sepatutnya mengeluarkan statement macam ni,”dalam nada marah Nisa’ menjelaskan rasa protes dihatinya.
-“Ana ikhlas, ana memang sayangkan ustazah kerana Allah, salah kah?” Rijal cuba menjelaskan maksudnya.
-“Memang salah, ustaz salah menyayangi seseorang, sayang itu bukan  milik saya, tapi milik Allah,” Nisa’ sekali lagi menolak.
- “Sayang itu juga merupakan satu perasaan yang Allah titipkan dalan hati setiap insan, FITRAH bagi  setiap insane untuk ada perasaan itu, kenapa enti menafikannya? “Rijal meluahkan hasrat dihatinya.
-“Saya tidak nafikannya, malah saya senang sekiranya ada orang yang sayang pada saya, tapi sayang tu biarlah betul pada tempatnya, sayang pada yang Maha Esa tu kan lebih baik dari sayang pada saya? Nisa’ cuba menjelaskannya lagi.
-“ Ya,memang betul, tapi hati,perasaan dan naluri kita tu merupakan fitrah lahiriah yang Allah beri untuk setiap insan  untuk kita saling berkasih sayang,” Rijal cuba untuk memahamkan Nisa’.
- “ Adakah kata-kata yang keluar dari lidah ustaz tu ikhlas dan jujur? Soal Nisa’
-“ Ya, sangat ikhlas dan jujur”. Rijal seperti biasa, kata-kata yang dilafazkan mampu  mencairkan hati seorang Nisa’.
Tapi….. Nisa’  ini bukan mudah di tawan….
-“ Maaf, kata-kata ustaz tu sangat menyakitkan hati saya. Jelas Nisa’
- Hati seorang perempuan memang mudah ditakluki,sebagai saudara seislam saya mohon pada ustaz tolang jangan lafazkan kata-kata yang sangat menguji hati, Simpanlah ia untuk insan yang bergelar ISTERI,terang Nisa’.
 - Setiap insan memang dilahirkan dengan perasaan cinta,kasih sayang dan naluri serta fitrah manusia untuk saling cinta mencintai serta sayang menyayangi, ana pilih enti untuk dijadikan ratu hidup ana, ana lihat …….belom sempat Rijal meneruskan kata-katanya.
- Cukup!!!!,,Maaf saya hanya ingin menjaga hati,jangan diajak telinga saya untuk berzina, kata-kata tadi memang indah didengari tapi itu nafsu sahaja, janganlah kita cuba membuka pintu-pintu neraka dengan jalan dan bentuk-bentuk zina,saya memang bukan  yang terbaik untuk berbicara tentang kasih sayang atau cinta tapi, “Tolonglah , saya  hanya ingin menjaga hati, menjaga amal agar tetap tertuju hanya untuk-Nya. Tolong, bantu saya menjaga diri ini untuk tidak berzina dengan berduaan dengan ustaz! Jangan ajak tangan saya  berzina dengan menerima kasih sayang ustaz! Jangan ajak mata saya  berzina dengan memandang ustaz! Kerana janji Allah itu pasti. Wanita baik hanya diperuntukkan bagi laki-laki baik,begitu juga sebaliknya” Nisa’ mengakhiri hujahnya lalu melangkah pergi meninggalkan Rijal.
**********************************************************************************************

Masej yang nak saya sampai kat sini bukan la jalan ceritanya tapi hakikat sebenar tentang perkataan yang sangat bernilai iaitu >ANA UHIBBUKI FILLAH <

Saya bukan lah orang yang hebat untuk berhujah tentang ayat ini… tapi ini hanyalah sedikit perkongsian yang saya ingin kongsi bersama sahabat sekalian. Kita perlu muhasabah semula  tentang sesuatu yang kita akan lakukan,,, telajak perahu boleh di undur terlajak kata ????

Cinta itu sangat mudah dilafazkan tetapi payah membuktikannya apa lagi mengekalkannya.-
(DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

Jadikanlah sesuatu yang kita sayang tu sangat2 bernilai…..

Hati kita mudah di uji…. Tambah2 kalau perlu bekerjasama dalam gerak kerja berorganisasi ni….. sayang tu memang selalu hadir….… memang  tak salah nak jatuh cinta.. tapi biarlah kena pada tempatnya….

Kalau sayang tu dilafazkan untuk muslimat sesama muslimat atau muslimin sesama muslimin… tu perkara biasa….tu ukhuwah Fillah Abadan Abada………… Tapi kalau sebaliknya? Adakah ini bukan jalan atau bentuk Zina? Dalam Al-Quran   pon ada tercatat…

Terjemahannya yang bermaksud:  Dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh suatu perbuatan keji,dan suatu jalan yang beruk. ( Surah Al- Isra’ :32)

Janganlah kita memberi ruang dan peluang kepada syaitan dengan membuka jalan-jalan zina.

Dunia adalah terminal dalam perjalanan menuju alam yang  serba misteri lagi kekal abadi. Maka, maksiat itu adalah salah satu cubaan dan ujian keduniaan yang diberikan secara serta merta untuk melihat siapa yang dapat menlepasinya atau tenggelam dan lemas didalammya.- (DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

Jangan terlalu mudah melafazkan sayang@ cinta @ sebagainya….. kerana sekali ia dilafazkan sampai mati ia kan menjadi satu kenangan bahkan boleh juga menjadi satu kebencian. Biarlah ia menjadi satu rahsia.

Kalau diibaratkan cinta itu bagaikan berlian,ia memang sukar diperolehi. Tetapi jika sudah memperolehinya,harganya mengatasi semua batu dimuka bumi- (DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

Tak salah untuk kita jatuh cinta @ sayang pada seseorang tapi …. Biarlah kena pada tempatnya… Pernahkah kita melafazkan sayang kita pada orang yang lahirkan kita? Tak sayangkah kita pada kedua ibubapa kita? SAYANG? Sayang yang macam mana? Hakikatnya kita malu untuk meluahkan rasa sayang kita pada mereka… tapi pada orang lain kita boleh pulak nak lafazkan kata sayang tu….

Kalau benarlah kita sayang pada dia….. gunalah cara yang terbaik untuk dia dah kita….. Jodoh,pertemuan,ajal maut semuanya Allah yang tentukan.. kita hanya merancang, Allah juga merancang… tapi perancangan Allah adalah yang Terbaik…Berdoalah pada-Nya. Lebih tepat lagi berIstiqharahlah dalam memilih.



Firman Allah tentang kepastiaan Jodoh berpasangan: Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji (pula),sedangkanperempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik,dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yangdituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia( Syurga).

Apabila seorang lelaki menyukai  seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah-(DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

Jangan cari masalah jika tidak sanggup menyelesaikannya, jangan  cari bebanan jika tidak sanggup memikulnya. Tanggungjawab bukan satu perkara mudah, jika belom bersedia untuk pikul tanggungjawab jangan mulakannya.

Kehidupan ini harus berjalan selari dengan kehendak syariat kerana kebahagiaan yang sebenar bukan bertunjangkan nafsu, tetapi keimanan yang jitu.- (DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

Memang dugaan kalau hati kita diuji dan teruji dengan perasaan.. susah untuk diterjemahkan.
Manusia tidak dihalang bercinta, bahkan cinta suci adalah antara jalan-jalan ke syurga.- (DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

 Terkadang kita mungkin terlupa hakikat sebenar kehidupan, kita memilih jalan yang sukar demi mencapai cita-cita.




Bersabar dengan semua dugaan, teruslah memberi yang terbaik dah lebih daripada apa yang anda dimestikan,itu lebih baik daripada sibuk melayan kerenah orang hingga akhirnya anda juga jadi culas lalu kecundang.- (DR.HM TUAH ISKANDAR al-haj)

Coretan saya pada kali ini hanyalah satu perkongsian, saya hanyalah insan biasa yang masih belajar tentang erti sebuah kasih sayang. Sekiranya perkongsian saya ini ada yang salah dan melanggar hukum Syara’, ya silakan untuk kalian perpetulkannya, Semoga kita semua dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah. ^_^


4 comments:

  1. best dan byk pengajaran..:-)

    ReplyDelete
  2. Subhanaallah! Indah nye kasih syg Allah itu..~ pertama kali menjejakkn kaki ke blog ni.. nice entry.. :)

    ReplyDelete
  3. syukran.... singgah la selalu... ada yg kurang atau tersalah... tolong betulkan ^^

    ReplyDelete