Saturday, 29 January 2011

Positif Untuk Berjaya

Selalu kita mengeluh, "Mengapalah aku yang selalu ditimpa bencana ini, kenapa aku diuji dengan masalah dan sebagainya.?" Terdapat satu Peribahasa Parsi : " Saya merapati ketiadaan kasut, sehingga saya saya menemui seorang yang ketiadaan kaki." Menyelami penderitaan yang dipaparkan oleh orang yang tidak bernasib baik, sepatutnya membolehkan diri kita berdepan dengan masalah peribadi yang kita alami... Oleh itu..... Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya....


Semasa berkomunikasi, Nabi Muhammad S.A.W menyeru  kita semua supaya menggunakan bahasa, Uslub dan perkataan yang baik supaya menyenangkan hati si pendengar, juga sebagai satu tasliah atau hiburan kepada mereka. Komunikasi yang baik dan positif adalah sedekah sebagaimana dipetik dalam dua hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "Takutlah kamu pada neraka walaupon  dengan sebelah tamar. Sesiapa yang tidak memiliki, cukuplah dengan kalimah yang baik dan kalimah yang baik  itu adalah sedekah." Jadi... bagi menjadi orang yang positif untuk berjaya... sudah tentu mengamalkan komunikasi yang baik, positif dan Efektif.....


SELAMAT BERPOSITIF