Make Glitter Text

Monday 5 November 2018

PART 2 - MAAF SAYA BUKAN USTAZ


Masih segar di ingatan ku tentang kisah yang agak memalukan ini... Kisah ni berlaku dalam minggu pertama/kedua sesi kelas master bermula. Aku ngan aqilah cari kelas, xjumpa turun naik tangga. Ya Allah mana la kelas ni... dia main aci sembunyi ka... hahaha...  Panjat p bangunan sana xjumpa. Turun tangga tu naik tangga ni. Xjumpa juga. Bangunan FPI (Fakulti Pengajian Islam) bukan lah kecik, besar jgk tu nak terokai dalam masa seminggu. Hahaha

Sampai kat tangga tengah bangunan FPI terserempak la ngan sorg laki ni. Cewah, ce tya dia ni la. Kot dia tau. Haha... Malu juga nak tanya, tapi dah dekat 20 minit ni, xkan nak terokai lg bangunan ni. Aku pun beranikan diri, aku tanya dia.

“ASSALAMUALAIKUM USTAZ, MAAF NAK TANYA. USTAZ TAU DAK KELAS NI” (xingat dah nama kelas), tapi aku sebut la nama kelas tu.  Dia fokus betoi ngan soalan aku. Aish, teruja ka tgok aku? Hahahhaha.. peqasan p la sat.. haha

Masa aku tanya soalan tu, dia senyum. Dah pasaipa mamat ni. Aku tanya pasal kelas dkt mana ja kot. Dia pon balas dengan penuh kesopanan dan kesusilaan.

“MAAF SAYA BUKAN USTAZ, SAYA PUN PELAJAR BARU.”

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Sungguhhhhh.... sesungguhnya aku malu.. nyanyi la dalam hati... hahahahha

Adoi, memang la ang pelajar, aku pon xingat ang pensyarah.. Aku dah terbiasa panggil seseorang lelaki ngan panggilan USTAZ. Dah terbiasa dekat Insaniah dulu. Adoi ...aku malu la.... aku malu sebab dia dah salah faham ngan aku. Xpa la. Aku pon xingat dah aku kata apa dekat dia. Rasa mcm ucap terima kasih ja... tapi rasa mcm diam seribu bahasa.. kami pon berpisah dan berlalu pergi membawa haluan masing-masing. Cewah... mcm bercinta... tapi dak aih... xkenai pon mamat tu. AKU PASRAH, pasrah sbb xtau kelas dekat mana.. hahaha  

Aqilah kata dekat aku: “KAK INAZ, NI BUKAN INSANIAH TAU, NI UKM”...  kami pon ber huhuhuhu... dan masih mencari kelas.

Naik la tangga lagi... Aras 5 nuh bakhang... penat hanya Allah ja tau.. waktu tu klu dapat ayar sejuk sedap... haha... Akhirnya jumpa juga kelas. Seronok betoi dah jmpa kelas, masuk la kelas tu. Ramai betoi orang. Minggu pertama xpa lambat, haha. Sbb pensyarah pon sekadar briefing pasal apa dia nak ajar. Minggu ni lah penentuan kelas mana kita nak ambil. Sebab kena buat pilihan juga pada subjek-subjek elektif dan subjek pilihan bagi jabatan lain.

Ada 3 kategori pilihan subjek, kami wajib ambil 3 subjek bagi jabatan syariah (WAJIB JABATAN). 2 subjek pilihan dalam jabatan syariah (ELEKTIF JABATAN).. hat ni pilih la apa2 tp kena amek 2. Lagi satu pilih la satu subjek dari jabatan lain, so suka hati la nak amek subjek apa dan jabatan mana. Boleh tentu sendiri... sama la ngan degree dlu pon... pilih sendiri subjek dan masa. Aku bukan main pilih jabatan dakwah. Hahaha.. Semangat la nak habaq ni. Gila x semangat. Minggu awal kan... hahaha

Semangat tentukan pensyarah mana, subjek apa, masa bila. DEKAT UNIVERSITI BOLEH PILIH NAK MACAM MANA. Boleh pilih pensyarah, boleh pilih masa kelas tu, boleh pilih subjek apa nak. Tapi ni cerita sepanjang aku belajar dekat UKM la kadang sistem dekat universiti ni ada sama kadang dia berubah.. macam hati kita la. Pasti akan ada perubahan.

PESANAN UNTUK MEREKA YANG NAK SAMBUNG BELAJAR
1. Pastikan membuat pilihan dengan baik. Masa kelas tu susun bagi elok2. Ada waktu nak makan. Ada waktu nak solat. UTAMAKAN SOLAT SEBAB ITU AMALAN PERTAMA AKAN DISOAL DI AKHIRAT KELAK.
2. Kena ambil tahu juga “gaya2” pensyarah ni, pensyarah tu orgnya mcm mna, nak menuntut ilmu kena kenal GURU. Sat g ang dok hemtam saja mcm aku, jenuh... hahahahha
3. Kena ada ADAB sebelum kita menuntut ILMU.

ORANG YANG TINGGI ADAB NI LEBIH BAIK DARI ORANG YANG TINGGI ILMU.

Aku lebih menghargai orang yang beradab, daripada orang berilmu... kalau hanya berilmu, iblis pun lebih tinggi ilmunya daripada manusia.- Syekh Abdul Qadir Al-Jailani.

Ermmmmm, cerita pasai ustaz tp bukan ustaz ni akan bersambung tau... haha.. tp hat sambungan dia lagi lawak la.. mcm drama tv pukoi 7 tu... hahahahahha.



Dan In Shaa Allah... akan cerita pasal sahabat seperjuangan yang lain.. nantikan.. hihi

No comments:

Post a Comment