Make Glitter Text

Monday 20 June 2011

Cuti2 Syaukah Humaira' II

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYANYANG….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

JOM KITA TERJAH!!!                                      

Alhamdulillah…. Cuti sem 4 ni penuh dengan aktiviti bersama yang tersayang…. Rasa bersyukur sangat.


26/5/2011

Malam ni adalah taklimat terakhir bagi semua jemaah umrah. Bertempat di Dewan Kolej Height Utara… Erm…. Nampaknya…. Bukan yang terakhir…. Macam ada ja lg taklimat lepas ni…. Kita merancang Allah juga merancang…. Tapi perancangan Allah adalah yang terbaik… malam ni segala-galanya berubah…. Pak Cik Mat ( orang yang menerima amanah untuk merealisasikan impian semua para jemaah umrah termasuk kami sekeluarga)

Pak Cik Mat pon mulakan taklimat…  berdebar jugak rasa hati ni  bila pihak agensi gtaw kata akan ada  kumpulan yang tarikh penerbangan perlu di tunda sebab pihak sponsor yang nak bagi sponsor tu lambat buat pembayaran…  penerbangan pertama 30/5/11 bagi kumpulan A & B. erm… mungkin depa akan naik flight terus dari KLIA ke Jeddah. Pak Cik Mat kata… mungkin kumpulan yang seterusnya akan p 2 jun. Erm nampak gayanya kami lambat lagi la…. Kami kumpulan C….erm lama la jugak taklimat ni... Dari jam 8.30 sampai pukul 10.30.

Alamatnya memang cuti lagi la nih… huhu.. L  mula la mencipta seribu alasan untuk p kuin…. hehe


29/5/2011

Pagi ni teman baba n mama beli barang dapur dekat pasar tani dekat kuin…  x kisah la yang penting dapat 
jalan2 ngan baba n mama… huhu… dekat sini jugak la mama terserempak ngan kawan…. Kawan mama ni pon bakal jemaah umrah dari agensi yang sama jugak… Mak Cik kata tarikh mungkin akan tunda lagi…. Huh!! Geramnya aku dengar…. Asyik tunda ja nih…. Cam x jadi p ja…. Sabaq2x.

Kita xleh dengar orang kata sangat… khabar angin memang selalu cepat ja tersebar. Dalam hati ni tetap rasa sedih… ya la aku menanti dari bulan 3 lagi…. Benarlah kata pujangga… PENANTIAN SATU PENYEKSAAN. Xpa…. Bagi kita sebagai orang islam…. Setipa kejadian pasti ada hikmahnya… samada kita suka atau pon tidak… itulah yang terbaik untuk kita lalui.

Allah berfirman:
|=ÏGä. ãNà6øn=tæ ãA$tFÉ)ø9$# uqèdur ×nöä. öNä3©9 ( #Ó|¤tãur br& (#qèdtõ3s? $\«øx© uqèdur ׎öyz öNà6©9 ( #Ó|¤tãur br& (#q6Åsè? $\«øx© uqèdur @ŽŸ° öNä3©9 3 ª!$#ur ãNn=÷ètƒ óOçFRr&ur Ÿw šcqßJn=÷ès? ÇËÊÏÈ  

216. kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Mungkin sesuatu yang kita suka tu sbenarnya bukan yang baik untuk kita….
Mungkin juga sesuatu yang kita tak suka tu sebenarnya baik untuk kita…

SEMOGA YANG MENANTI MENDAPAT BERKAT
SEMOGA YANG DINANTI MENDAPAT PETUNJUK…


“Baba…. Kalau x jadi p umrah kita nak p mana?”

Masing2 mula buat perancangan…
Adik: Baba, kita p china nak? ( soalan yang lucu…. Ingat china tu macam  Jitra ke Pekan Rabu ka?)
Aku ngan Mama: Jom p Sabah Sarawak… Nak?
Abang pulak yang xmau… huh!!!
Aku: Baba…… kita p indon nak?
Baba: Bandung?
……………………………………………………
Baba: kita tengok la cam na nanti…. Pak Mat tu nak kata apa…
…………………………………………………

2 Jun 2011

Erm….. dah la citer sedih bab umrah x habis lagi tetiba mai plak citer baru… waaaa…. Sedih btol.. Hari ni result kuaq…. Erm…. Cam x caya….!!!  Tapi Usaha Tangga Kejayaan….. sapa usaha lebih dia dapat lebih la…. Kalau dah usaha pon ckit… dpt ckit la….. habis la aku ngan baba n mama…. Huhu….

Ada hikmah la ni…. Tu tandanya sem 5&6 ni kna tumpu lebih pada pelajaran…. Yg penting kena pandai bahagi masa….

E’eh… dah tahun 3 da??? Huhu… tgl lagi setahun…J
…………………………

Perancangan awal kami sekeluarga tahun ni nak jadi tetamu Allah…. Tapi hajat tu x kesampaian. Semua kelengkapan dah pon ada,tunggu tarikh nak berangkat saja… mula2 kata 28 Mei 2011…. Pastu pihak yang bertanggungjawap tunda p 2 Jun 2011… elok2 nak sampai tarikh yang dimaklumkan… pihak syarikat gtaw kata tunda lagi…. Myb tarikh 15 Jun 2011. Erm… paling kesian sekali tengok abg ngan adik la…. Baju2… kain ihram… sume dah packing…. Mama dengan pasrahnya pon kata “kita tangguh la dulu… sekolah pon dah nak mula….. erm xpon…. P la ngan baba… mama p ngan adik2 akhir tahun ni….”

Hah????? P ngan baba ja? Huhu…. tempat orang tu mama…. Erm… last2 skali…. Baba buat keputusan….
Xpa la, kita p amek duit balik….. dalam hati aku ni…. “ ada nak dapat blik duit tu….?” Rasa cam nak kena tipu ja… asyik2 tunda ja… erm… mama pesan xbaik buruk sangka kat orang… kalau sungguh pun terjadi cam tu… tu ujian yang Allah nak bagi dekat kita dan jugak Pak Cik Mat tu….

Maunya aku xpikiq kena tipu…. Hari2 bila baca paper ja…. Muka depan terpampang … PADAH UMRAH MURAH… dlm paper bayaran yang syarikat tu tipu RM4000 setiap sorang jemaah umrah… kejam betul orang2 tu…. Ambil kesempatan pada hasil titik peluh orang…. Bukan senang nak simpan RM 4000 tu…

Bayaran yang pihak syarikat mintak dekat kami lagi murah….. mmg bawah pada rm4000… tapi Alhamdulillah… Pak Cik Mat memang kalangan orang yang baik2…. Duit nak p umrah kami sekeluarga dipulangkan balik…..bukan kami ja…. Semua yang mintak balik akan dapat hak depa smula…. cukup2 xda kurang ckit pon. 

Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya… 

Erm… memang ada hikmah… huhu… yang aku taw la kan.. hihi… erm ada  sahabat2  yang kirim doa untuk didoakan depan kaabah…. InsyaAllah…. Doa2 tu akan ku ingat selalu…. Xpa kita pakat2 doa…. Xpasai2 ja aku boleh tahu rahsia hati orang…hehe…

InsyaAllah rahsia tetap rahsia…. Don’t worry be happy (^_^)

Erm… mungkin jugak dalam hati ni ada sesuatu selain dari cinta  Dia yang Maha Esa…
Erm??? mungkin juga diri ini belum bersedia untuk jadi tetamu...


SELAMAT MEMULAKAN KEHIDUPAN YANG BARU…..
Semoga sem ni dapat ku tempuh dengan baik….
Kalau nak sesuatu yang baik dari orang yang baik @ tempat yang baik….
Kita kena  USAHA SUNGGUH2!!!
cAiyyyyokkkk!!! Hihi..

~ SUBHANALLAH~

Monday 9 May 2011

Cuti-cuti Syaukah Humaira'

Assalamualaikum....

Rindunya dekat blog ni.... dah lama x menaip.... ermmmm..... xtaw nak taip apa....^_^.. hihi

Hai....lama lagi cuti ni.... smpai bulan 7...... apa la sya nak wat????????????
nak kata bosan.... ada la juga..... huhu..... walaupon jalan-jalan keliling KL... KL la sangat....huhu.... xda la keliling... tapi KLCC... Masjid Jamek.....KLIA.... byk lagi la tempat kat KL ni dah p..... Menarik??? xda la sangat.... biasa ja..... tapi time malam2 mmg menarik.... menarik tang cahaya lampunya..... kalau kat kedah.... pembangunan byk jugak... tapi x tinggi cam kat KL ni la.........  tapi kedah tetap dihati.... hihi...^_^...

Sebenarnya bukan nak cerita pasal cuti sya sgt pon.... erm.... juz nak kongsi ckit cerita ngan sahabat2.....

Dulu..... Isu2 pasal mat rempit banyak.... la ni pon byk taw!!!

Semalam... 8/5/11... sya n family kakak.... lalu la dekat  DATARAN MERDEKA.....time tu kami on the way  nak blik rumah dekat rawang.... perghhhh.... dasyat btul..... apa yang dasyat???

DATARAN MERDEKA TU LA.....
Erm..... tu kawasan rasmi mat2 rempit.....  kerajaan buat ni sume untuk elakkan mat rempit merempit kot jalan..... jalan untuk p dataran merdeka ditutup.... sebelah kiri dari.... laluan Masjid Jamek kot..... xsilap sya la...dibuka KHAS buat mat rempit....hebat kan mat rempit la ni........ mereka di raikan.... huh.... jangan pandang sebelah mata..... kita kena terima kenyataan....buka mata luas2 yang mat rempit sekarang.... dah di naik tarafkan...mereka dah di iktiraf dalam masyarakat..... dulu depa ni xdipandang.... kalau dipandang pon.... cam pandang sampah jew.... tu dulu.... la ni??? MAT REMPIT hebat.... sapa yang buat mereka hebat?

tepuk dada.... tanya iman la weh......  xkan nak tanya nafsu???

baru2 ni... MAT REMPIT p mendaki Gunung Everest.... huh.... bukan senang....SAPA YANG BAWA P?

okey... berbalik pada cerita DATARAN MERDEKA..... lampu lip lap lip lap...

ADA APA SEBENARNYA KAT DATARAN MERDEKA TU???
mai nak cerita.....apa yang sya nampak la.... tu pon tgk kot jauh ja....

*tu kawasan rasmi mat rempit di hujung minggu....
*ada KONSERT......... siap ada skrin lg tu.......BEEEESAAAAAAARRRRRRRRRRR
*jalan ditutup.... nak bagi laluan kat mat rempit.... dibuka utk yang ber GRADUASI mat rempit jew...
*erm.... agak2 la kan berapa bajet kerajaan.... utk konsert tu....xpa2 ada dalam bajet 2011...
*kalau nak taw apa yang ada.... mai la melawat sendiri... apa sebenarnya yang ada.......??? huhu

sapa mat rempit tu???

REMAJA.....!!!

majoriti dari kalangan???
ORANG MELAYU........CINA??? INDIA????
ORANG ISLAM.......???

kalau nak taw jom tgk sndiri kat dataran merdeka la.... sapa yang ada.....

cam na la zaman akan datang.... mesti ramai mat rempit kan.... yala.... MAT REMPIT SUDAH DI IKHTIRAF DALAM MASYARAKAT....


HEBAT2

ERM.... stop kat sini dulu la....

JOM SAMA2 FIKIR.... APA NAK BUAT TIME CUTI2 NI......

NAK MEREMPIT JUGAK KA??? hohoho....^_^....

Thursday 28 April 2011

ISLAMIC COUPLE???

Assalamualaikum shbt2 skalian....ada benda nk share..hehe
sy ni xla baik tera mna..tp bnda baik xslah klu nk share kan..yg ni saya dapat dr group nahdah muslim..jom bca sama2..

COUPLE ISLAMIK....apa 2??

jom baca kisah ni..kot2 paham....

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam


P/S: syaukah copy dari FB kwn..... tatapan buat sume sahabat.... best n lucu citer ni.....

Wednesday 6 April 2011

Lelaki & Wanita

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?


Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepertigunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 
 
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. 

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi
lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak,
seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
,
2. isterinya
,
3.anak perempuannya
, dan
4. saudara perempuannya.


Manakala
seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya
.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan
4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya
.

Seorang lelaki perlu
pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki
, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikanalasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itumempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akalmanusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s..w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikankedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pulaboleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang. 

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat


Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa


AMIN.

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai
(lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi.

Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

 

Para Ulama ' berpesan untuk kita jadikan pegangan

JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT
, ia adalah WAJIB :

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunyasendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya ' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). 

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat baya ngkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka ' abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata.

email nie untok kite kongsi bersame dan juge memanfatkan nye..INSYALLAH.
semoga kite sesame mendapat rahmat dan pertunjuk dari ALLAH S.W.T. amin.assalamualaikum
 
  

Sunday 3 April 2011

Dua Warkah Hati...^_^

Warkah Buat Humaira’

Adik-adikku permata Humaira’,
Telah ditakdirkan kita bertemu dibumi INSANIAH,
Ditakdirkan kita sekuliyyah,
Tapi, berasalnya kita dari berbagai sekolah.

Bermulanya persahabatan dengan perkenalan, tapi…..
Jangan biarkan ia berakhir dengan pertengkaran/ pertelingkahan.
Biarlah ia berakhir dengan KEMATIAN, yang dijemput baik oleh Yang Maha Pencipta ( khaliq)


Persahabatan bukan satu percaturan, tetapi…
Persahabatan lebih dari sebuah kekeluargaan.


Dalam bersahabat kita bukan sahaja perlu memimpin,tetapi…belajarlah untuk dipimpin.
Terimalah sesuatu yang pahit demi masa hadapan, agar ia menjadi SATU PEMBETULAN dari KESILAPAN.


Dalam persahabatan perlu ada:
i)                Kepercayaan
ii)            Keikhlasan
iii)         Kejujuran
iv)          Kesabaran
v)             PENGORBANAN

Adik-adikku buah hatiku,
Jauhmu hanya dimata,
Tapi dihati tidak sesekali,
Suka dukamu,
Tawa tangismu,
Turut menjadi milikku.

Mungkin kerana kita terlalu rapat,
 Kita kurang menegur kesilapan masing-masing kerana menjaga hati,
Jangan biarkan dunia memisahkan kita,
Biarpun umur membezakan kita,
Tetapi hati kita sama,
Kita ditakdirkan bukan hanya sekadar PERKENALAN / PERSAHABATAN.
Tetapi, kita ditakdirkan bersama dalam satu kalam.
MEMPERJUANGKAN ISLAM.


Aku tidak pernah impikan pertemuan ini,
Apalagi mengharapkan hidup yang kosong kembali berseri,
Haruman ukhuwah yang kamu sirami,
Bak hembusan kasturi menyegarkan rohani,
Siapa aku tak layak dihargai,
Tapi kamu tetap tegar melayani,
Ku lafazkan zikir alunan Ilahi,
Sujud menagisi anugerah persahabatan suci,
Moga kita tetap bersama  meniti hari,
Jatuh bangun sama dirasai.
Teruskan perjuangan Srikandi Islami,
Walau darah menitis membasahi bumi.




Warkah Buat Cinta
Cinta,
Warkah ini dihasilkan bukan untuk menolakmu,
Warkah ini juga dihasilkan bukan untuk menerimamu,
Ku tiada kepastian untuk memberi sebarang keputusan atas pertanyaanmu.

Cinta,
Kau hadir bukan pada waktunya,
Kau hadir bukan pada tempatnya,
Kau hadir bukan pada haknya.

Cinta,
Ingatlah!!! Telah tertulis dalam kitab suci Al-Quran:
Firman Allah Taala:

àM»sWÎ7sƒø:$# tûüÏWÎ7yù=Ï9 šcqèWÎ7yø9$#ur ÏM»sWÎ7yù=Ï9 ( àM»t6Íh©Ü9$#ur tûüÎ6Íh©Ü=Ï9 tbqç7ÍhŠ©Ü9$#ur ÏM»t6Íh©Ü=Ï9 4 y7Í´¯»s9'ré& šcrâ䧎y9ãB $£JÏB tbqä9qà)tƒ ( Nßgs9 ×otÏÿøó¨B ×-øÍur ÒOƒÌŸ2 ÇËÏÈ  
(Surah An-Nur: 26)

26. (lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.

Adakah cinta tidak yakin dengan kebenaran ini???
Saya tau Cinta yakin, tapi bersabarlah,
Kita merancang Allah juga merancang,
Tapi perancangan Allah itu lebih baik dan tepat.
Kita dilahirkan dalam nikmat Islam, maka….
Berjuanglah untuknya (Islam).
Jadikanlah Allah dan Rasul sebagai cinta pertama,
Maka cinta akan memdapatkan semuanya.

Cinta,
Kita dilahirkan dibumi Allah ini adalah sebagai khalifah,
Allah berfiman :
øŒÎ)ur tA$s% š/u Ïps3Í´¯»n=yJù=Ï9 ÎoTÎ) ×@Ïã%y` Îû ÇÚöF{$# ZpxÿÎ=yz ( (#þqä9$s% ã@yèøgrBr& $pkŽÏù `tB ßÅ¡øÿム$pkŽÏù à7Ïÿó¡our uä!$tBÏe$!$# ß`øtwUur ßxÎm7|¡çR x8ÏôJpt¿2 â¨Ïds)çRur y7s9 ( tA$s% þÎoTÎ) ãNn=ôãr& $tB Ÿw tbqßJn=÷ès? ÇÌÉÈ  
30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

Sesunggunya Allah tidak akan mempersia-siakan hamba-hamba-Nya yang taat.

Cinta,
Pimpinlah dirimu sebelum cinta memimpin Isteri,
Pimpinlah Isteri sebelum cinta memimpin anak,
Pimpinlah anak sebelum cinta memimpin dunia.
Setiap pemimpin selalu diperhatikan oleh orang dibawah pimpinannya.





Kekasih ALLAH dihadiahkan  dugaan tanda ingatan-NYA..
Tidak dibiar terlena dalam dakapan lazat melimpah..
Tapi dihidangkan keperitan, susah & payah yang tidak sudah..
Indahnya mEnjadi kekasih ALLAH..
Secuit payah, selamanya di JANNAH…
Semoga Allah memberkati & melindungimu, Cintaku. J