Make Glitter Text

Monday 5 November 2018

PART 2 - MAAF SAYA BUKAN USTAZ


Masih segar di ingatan ku tentang kisah yang agak memalukan ini... Kisah ni berlaku dalam minggu pertama/kedua sesi kelas master bermula. Aku ngan aqilah cari kelas, xjumpa turun naik tangga. Ya Allah mana la kelas ni... dia main aci sembunyi ka... hahaha...  Panjat p bangunan sana xjumpa. Turun tangga tu naik tangga ni. Xjumpa juga. Bangunan FPI (Fakulti Pengajian Islam) bukan lah kecik, besar jgk tu nak terokai dalam masa seminggu. Hahaha

Sampai kat tangga tengah bangunan FPI terserempak la ngan sorg laki ni. Cewah, ce tya dia ni la. Kot dia tau. Haha... Malu juga nak tanya, tapi dah dekat 20 minit ni, xkan nak terokai lg bangunan ni. Aku pun beranikan diri, aku tanya dia.

“ASSALAMUALAIKUM USTAZ, MAAF NAK TANYA. USTAZ TAU DAK KELAS NI” (xingat dah nama kelas), tapi aku sebut la nama kelas tu.  Dia fokus betoi ngan soalan aku. Aish, teruja ka tgok aku? Hahahhaha.. peqasan p la sat.. haha

Masa aku tanya soalan tu, dia senyum. Dah pasaipa mamat ni. Aku tanya pasal kelas dkt mana ja kot. Dia pon balas dengan penuh kesopanan dan kesusilaan.

“MAAF SAYA BUKAN USTAZ, SAYA PUN PELAJAR BARU.”

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Sungguhhhhh.... sesungguhnya aku malu.. nyanyi la dalam hati... hahahahha

Adoi, memang la ang pelajar, aku pon xingat ang pensyarah.. Aku dah terbiasa panggil seseorang lelaki ngan panggilan USTAZ. Dah terbiasa dekat Insaniah dulu. Adoi ...aku malu la.... aku malu sebab dia dah salah faham ngan aku. Xpa la. Aku pon xingat dah aku kata apa dekat dia. Rasa mcm ucap terima kasih ja... tapi rasa mcm diam seribu bahasa.. kami pon berpisah dan berlalu pergi membawa haluan masing-masing. Cewah... mcm bercinta... tapi dak aih... xkenai pon mamat tu. AKU PASRAH, pasrah sbb xtau kelas dekat mana.. hahaha  

Aqilah kata dekat aku: “KAK INAZ, NI BUKAN INSANIAH TAU, NI UKM”...  kami pon ber huhuhuhu... dan masih mencari kelas.

Naik la tangga lagi... Aras 5 nuh bakhang... penat hanya Allah ja tau.. waktu tu klu dapat ayar sejuk sedap... haha... Akhirnya jumpa juga kelas. Seronok betoi dah jmpa kelas, masuk la kelas tu. Ramai betoi orang. Minggu pertama xpa lambat, haha. Sbb pensyarah pon sekadar briefing pasal apa dia nak ajar. Minggu ni lah penentuan kelas mana kita nak ambil. Sebab kena buat pilihan juga pada subjek-subjek elektif dan subjek pilihan bagi jabatan lain.

Ada 3 kategori pilihan subjek, kami wajib ambil 3 subjek bagi jabatan syariah (WAJIB JABATAN). 2 subjek pilihan dalam jabatan syariah (ELEKTIF JABATAN).. hat ni pilih la apa2 tp kena amek 2. Lagi satu pilih la satu subjek dari jabatan lain, so suka hati la nak amek subjek apa dan jabatan mana. Boleh tentu sendiri... sama la ngan degree dlu pon... pilih sendiri subjek dan masa. Aku bukan main pilih jabatan dakwah. Hahaha.. Semangat la nak habaq ni. Gila x semangat. Minggu awal kan... hahaha

Semangat tentukan pensyarah mana, subjek apa, masa bila. DEKAT UNIVERSITI BOLEH PILIH NAK MACAM MANA. Boleh pilih pensyarah, boleh pilih masa kelas tu, boleh pilih subjek apa nak. Tapi ni cerita sepanjang aku belajar dekat UKM la kadang sistem dekat universiti ni ada sama kadang dia berubah.. macam hati kita la. Pasti akan ada perubahan.

PESANAN UNTUK MEREKA YANG NAK SAMBUNG BELAJAR
1. Pastikan membuat pilihan dengan baik. Masa kelas tu susun bagi elok2. Ada waktu nak makan. Ada waktu nak solat. UTAMAKAN SOLAT SEBAB ITU AMALAN PERTAMA AKAN DISOAL DI AKHIRAT KELAK.
2. Kena ambil tahu juga “gaya2” pensyarah ni, pensyarah tu orgnya mcm mna, nak menuntut ilmu kena kenal GURU. Sat g ang dok hemtam saja mcm aku, jenuh... hahahahha
3. Kena ada ADAB sebelum kita menuntut ILMU.

ORANG YANG TINGGI ADAB NI LEBIH BAIK DARI ORANG YANG TINGGI ILMU.

Aku lebih menghargai orang yang beradab, daripada orang berilmu... kalau hanya berilmu, iblis pun lebih tinggi ilmunya daripada manusia.- Syekh Abdul Qadir Al-Jailani.

Ermmmmm, cerita pasai ustaz tp bukan ustaz ni akan bersambung tau... haha.. tp hat sambungan dia lagi lawak la.. mcm drama tv pukoi 7 tu... hahahahahha.



Dan In Shaa Allah... akan cerita pasal sahabat seperjuangan yang lain.. nantikan.. hihi

Sunday 4 November 2018

PART 1 – PENDAFTARAN UKM


KISAH TENTANG AKU DAN SAHABAT2 SEPANJANG BERMULANYA MASTER SAMPAI TITISAN PELUH TERAKHIR UTK BERGELAR PELAJAR MASTER

Sebuah perjalanan biasa seperti pelajar master yang lain. Setiap perjalanan hidup kita pasti akan diuji dengan bermacam-macam ujian DARI ALLAH SWT. Kalau tiada ujian maka tiadalah kemanisan dalam sesebuah kehidupan. Suka duka silih berganti. Itulah adat resam dalam kehidupan setiap insan.

Mencari ilmu ini bukan lah sesuatu yang mudah tapi bukanlah juga menjadi kepayahan yang tersangat susah. SEMANGAT YANG JITU, KESANGGUPAN MENUNTUT ILMU, PERSAHABATAN KERANA ALLAH. In Shaa Allah, Allah pasti letak kita ditempat yang indah.

Masa aku dan kawan INSANIAH habis degree, kami rancang nak sambung belajar. Kajian demi kajian kami buat untuk pilih universiti. Dan akhirnya kami pilih UKM. Aku dan kawan-kawan rancang nak sambung sama-sama. Tapi diakhirnya, aku sorang ja dapat sambung, kawan-kawan lain ada halangan masing-masing. Sebenarnya sedih, sebab xdak kawan-kawan. Tapi nak menuntut ilmu jangan ikut kawan. Ikut REZEKI, Allah dah susun perjalan hidup kita cantik. Kawan-kawan yang x dpt sambung belajar, ada rezeki lain utk mereka. Allah atur utk kita tu cantik dah.

Allah tak letak aku sorang-sorang rupanya, sebelum pendaftaran, aku dapat tau ada sorang kawan (Aqilah) Insaniah akan sambung master sama ngan aku. Jadi kami pun merancang daftar sama2. Aqilah ikut aku ja, sebab keluarga dia ada halangan utk hantar dia mai ukm. Jadi kami pun memulakan perjuangan kami. Baba, mama, kak ida (kakak no 2) dan lubna (anak sulung kak ida) serta baby (dalam perut kak ida) hantar kami mai daftar UKM.

Bermulalah ujian2 ringan disini. Perkara penting yang sepatutnya kami dua buat. Kami xbuat, sbb ingat xpenting. Kami dua sepatutnya kena print PETA UKM, tapi dua2 pandai, xprint peta ukm. So mmg meqodong la cari tempat2 penting. Time tu lah nak cari bank, time tu la juga bank xmau terima duit kita. Haha. Alhamdulillah walaupun macam-macam ujian melanda time pendaftaran. Allah permudahkan perjalanan kami.

(Situasi dekat bangunan Tun Fatimah)
Lepas buat pendaftaran sebagai pelajar UKM, kami pon dapat la satu kolej ni. Dkt borang kolej tu, kakak yang urus bab kolej tu tulis KIY, aduh... KIY ni apa plak. Aku pun beranikan diri tanya
: “ MAAF PUAN, KIY TU DEKAT MANA YA?” Kakak tu pun jawab: “KOLEJ IBRAHIM YAAKUB, DALAM PETA ADA, PRINT X PETA?”... aku hanya mampu senyum dan angguk... hahaha. TIPU DOSA...



Kami pun p la cari KIY tu... Alhamdulillah.. pusing xlama mana pun. Jumpa KIY... tudia aih... TINGGI GILA kolej. Haha .... sapa nak dok atas bukit ni? Aku la tu... Haha... maka pendaftaran kolej dibuat, jumpa la kawan-kawan baru, berkenalan lah kami semua yang ada di KIY (satu blok). Time tu jugak lah jumpa balik kawan sekolah aku (nama dia panjang tapi aku panggil NADA), masa belajar dekat MMPS (Maktab Mahmud Pokok Sena). Kecilnya dunia. Allahu. Bukan tu ja, rupanya ramai lagi kawan INSANIAH yang daftar UKM. Ada yang sama kolej, ada yang kolej lain. Ada yang sama kos, ada yang lain kos.

Bermula lah perjalanan hidup aku di sini. Masa baba mama nak tinggai aku tu... sedihnya rasa mcm 1st time nak kena tinggai asrama zaman sekolah... haha acah2 budak sekolah bleh. Kami mula mengemas... susun barang2. Sbb esok tu ada taklimat master. KEMAS LA BILA DAH ADA KERAJINAN, JANGAN TUNGGU!!! NNT MALAS AKAN DATANG TANPA DIUNDANG ... Hahaha.

Bermulalah persahabatan kami-kami sebagai penghuni KOLEJ IBRAHIM YAAKUB. Aku awai tu kawan ngan aqilah ja, sebab dia ja aku kenal. Lepas tu baru berkenalan ngan orang lain. Alhamdulillah kami semua satu agama satu bangsa, jadi aurat dalam blok xdak la terbatas. Sebab sama-sama Islam.

Dekat kolej ni la aku kenal KAK MUS, padahai kami sama-sama satu negeri . KEDAH JELAPANG PADI. Nih.. nak habaq ni muka dia... Ya rabb... sombong bakhang... cakap kasaq nak mampuih (orang kedah biasa la tu) haha... JANGAN HANYA KENAL SEHARI DUA DAN HANG BOLEH JUDGE ORANG TERUS KATA JAHAT. Kak Mus mai daftar ngan abah n kak khalilah... awai tu ingak kak khalilah la nak sambung.. rupanya adik dia (kak mus). Tapi bila sembang punya sembang... uish.. baguihnya kak mus ni... haha... (KEKAL PERSAHABATAN KAMI SAMPAI SEKARANG).

Bermula Lah Kisah Kami Bertiga Sebagai “Sahabat”

Bila mendaftar sebagai pelajar master ni. Satu ja soalan yang bermain di minda. MAMPUKAH AKU? Nak berjuang sampai akhir? Aku bukan pandai macam orang lain. Aku ni merangkak-merangkak boleh la. Masok berdaftar pun pakai ponter biasa2. Tapi bila ingat balik susah payah baba mama mai hantar aku dkt ukm, dah la baba drive manual.. huhu jalan berbukit2... takut betoi aku tgok bukit tinggi2 tu, jadi semangat mai. BETULKAN NIAT. Aku niat nak belajar KERANA ALLAH. Aku niat nak belajar sebab nak TAMBAH ILMU. Aku niat nak belajar sebab nak FAHAMKAN ILMU.

PESANAN KEPADA SESIAPA YANG NAK SAMBUNG MASTER,
1. Kaji betul-betul tentang universiti yang kita nak belajar tu. Kos yang kita nak ambil. Keperluan apa yang kita perlu bawak utk menjadi pelajar universiti tu. ( ILMU_ILMU)
2. Tau selok belok universiti. Bank apa yang paling dekat, senang nanti nak berurusan.
3. Print SEMUA YANG UNIVERSITI BAGI dalam web. Termasuk peta universiti.. haha.. jangan jadi macam kami.


Okey.... sampai sini dulu.. nanti sambung lagi.. cerita pasal perjalanan master ni. BIASA-BIASA SAJA. Macam orang lain juga.