Make Glitter Text

Saturday 13 October 2012

HARGA SEEKOR TEBUAN


HARGA SEEKOR TEBUAAN

Alhamdulillah…. Hari ni saya kena sengat tebuan… huhu… moga terampun segala dosa…
Masuk ni kira…. 2kali dah kena sengat…. 1st time kena… time tadika…hihi… time tu… pengsan… sek baik ada tok… tok la jaga… huhu.. Allah sakitnya…. Sakit xterkira xterkata…. Hanya Allah saja yg tau.
Hari ni pon… saya xkeseorangan…. Walaupon jauh dari pandangan mata baba & mama tapi saya masih ada kawan2… semua prihatin ngan saya… terharu betul…Saya x mau p klinik…. Sebab saya tabah… hihi… konon la… akhirnya kena paksa… >> Siti Humaira’ la paksa<< p la jugak… aduih… xsuka la jmpa doktor…. Xsuka…. Sebab tau dah apa dia nak bg… “kompom” bg ubat punya… pastu cucuk….
 Sek bek doktor ni xmuda sgt… klu muda… mmg blik lagu tu la… x p dah… kih kih
Huh! Sedap btol…. Hari ni… saya nak rehat jew… xmau wat keja apa2 nasi pon nak soh siti suap… boleh cm gini??? haha << melampau sgt dah ni<<
 Erm… lepas kena cucuk doktor pesan…. Kena rehat banyak2… jangan jalan banyak2… ni xyah pesan pon xpa… saya akan buat WAJIB… haha ..Doktor pesan lagi…. Time tido nnt kaki kna tinggikan…
Alhamdulillah… Allah dah tetapkan… orang islam ni.. bila dia dapat sesuatu kebaikan @ kesenangan… dia akan merasa senang… sebab dia sedang di uji.. bila dia dapat musibah pon… hatinya akan tetap akan merasa senang… sebab dosanya akan terampun…


Semoga dengan kesakitan yang dialami sekarang ni… terampun segala dosa ku.. samada dosa sedar @ x… ^_^… KAFARAH DOSA… xpa… InsyaAllah ada hikmahnya…
Minggu depan dah la exam… Allah…. Alhamdulillah la minggu depan… buatnya esok… mmg nanya la.. hihi…xpa….Allah dah tetapkan… semoga ada hikmahnya… setiap sesuatu yang berlaku tu kan pasti ada hikmahnya…


 Ni ubat sebab tebuan... hihi.... kerana tebuan saya kena makan ubat... siap kena cucuk lg... huhu

semua sekali.... ubat termasuk cucuk... RM25 TERBAIK!!!!

Sunday 16 September 2012

Bila Terasa Rindu... Ku Sebut Nama Mu




Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?
..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..
(albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?
...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya...
(albaqarah:286)
...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan...
...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan...
(alinsyirah:5&6)
"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?'
Yes, certainly the Help of Allah is near!"
[Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::
(alimran:139)
.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:.
.:dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.
(alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Al-Imran ayat 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."
(Ar-Ra'd: 28)

Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
(Surah At-Taubah ayat 111)
Kepada Siapa Aku Berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)
Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?"
(Quran 23:115):
Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?lt;br> - Surah az-Zariyat: ayat 56.
.:demi masa:.
.:sesungguhnya manusia dalam kerugian:.
.:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:.
.:yang berpesan pada kebenaran:.
.:yang berpesan pada kesabaran:.
(alquran:al-asr)
..ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku..
(alqasas:24)


 ~ Paling best dlm hidup:
bila kite down, we feel hopeless...
Kite ngadu pd Dia.
Tanpa kite sedari,
Dia sisipkan perasaan tenang yg kite tau takkan datang tanpa rahmat-Nya.
Rasa senang walaupun dalam resah.
Allah memang sentiasa sayangkan hamba-Nya....
Cuma kita yg sering LUPA, kan? So..
Jangan Mengharap pada Manusia.. Letakkan sepenuh pengharapan Pada Yang di atas SANA..ALLAH takkan hampakan kita..~


Wednesday 25 April 2012

DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN


DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN

ALLAH mengingatkan kita supaya sentiasa berdoa kepada-Nya kerana doa adalah senjata mukmin. Perkara itu dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabdanya daripada Ali, katanya, Baginda bersabda bermaksud: “Doa itu adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.” (Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim).


Sebagai hamba Allah yang sangat lemah, kita memerlukan pertolongan daripada-Nya.

Kita sebagai orang beriman, hendaklah percaya dan yakin bahawa tidak ada daya upaya, jika tidak dengan pertolongan Allah. Di sinilah peranan dan pentingnya doa itu.
Doa adalah pengakuan terhadap kelemahan dan kekurangan diri sebagai makhluk Allah. Ia juga perisai yang boleh menghindarkan bala dan musibah.

Pakar jiwa pernah menyatakan bahawa tekanan jiwa dan penyakit rohaniah boleh disembuhkan bergantung kepada pengakuan terus terang pesakit atau penghidapnya kepada doktor.
Bayangkan, itu baru pengakuan terhadap sesama manusia. Bagaimanakah pula jika pengakuan kita kepada Allah yang Maha Berkuasa? Tentu jiwa akan lebih tenteram dan tenang.

Perkara itu dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikir Allah ) itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)
Dalam hubungan ini, keimanan mantap dan kuat terhadap Allah juga memainkan peranan penting dan penyebab kepada doa dimakbulkan.

Firman Allah bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada mu mengenai Aku, maka beritahu kepada mereka: Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka: Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka beriman kepada Aku supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Dalam berdoa, kita hendaklah khusyuk dan dilakukan dengan ikhlas kerana Allah bagi menjamin ia dimakbulkan-Nya.
Janganlah jemu untuk berdoa kepada Allah sehingga mengatakan ia panjang, banyak perkara yang dipinta dan membuang masa.

Allah akan mengabulkan doa orang yang memohon kepada-Nya. Firman Allah bermaksud : “Dan Tuhan kamu berfirman: berdoalah kamu kepada ku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)