Masih segar di
ingatan ku tentang kisah yang agak memalukan ini... Kisah ni berlaku dalam
minggu pertama/kedua sesi kelas master bermula. Aku ngan aqilah cari kelas,
xjumpa turun naik tangga. Ya Allah mana la kelas ni... dia main aci sembunyi
ka... hahaha... Panjat p bangunan sana
xjumpa. Turun tangga tu naik tangga ni. Xjumpa juga. Bangunan FPI (Fakulti
Pengajian Islam) bukan lah kecik, besar jgk tu nak terokai dalam masa seminggu.
Hahaha
Sampai kat tangga
tengah bangunan FPI terserempak la ngan sorg laki ni. Cewah, ce tya dia ni la.
Kot dia tau. Haha... Malu juga nak tanya, tapi dah dekat 20 minit ni, xkan nak
terokai lg bangunan ni. Aku pun beranikan diri, aku tanya dia.
“ASSALAMUALAIKUM
USTAZ, MAAF NAK TANYA. USTAZ TAU DAK KELAS NI” (xingat dah nama kelas), tapi
aku sebut la nama kelas tu. Dia fokus
betoi ngan soalan aku. Aish, teruja ka tgok aku? Hahahhaha.. peqasan p la sat..
haha
Masa aku tanya
soalan tu, dia senyum. Dah pasaipa mamat ni. Aku tanya pasal kelas dkt mana ja
kot. Dia pon balas dengan penuh kesopanan dan kesusilaan.
“MAAF SAYA BUKAN
USTAZ, SAYA PUN PELAJAR BARU.”
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Sungguhhhhh.... sesungguhnya aku malu.. nyanyi la dalam hati... hahahahha
Adoi, memang la
ang pelajar, aku pon xingat ang pensyarah.. Aku dah terbiasa panggil seseorang
lelaki ngan panggilan USTAZ. Dah terbiasa dekat Insaniah dulu. Adoi ...aku malu
la.... aku malu sebab dia dah salah faham ngan aku. Xpa la. Aku pon xingat dah
aku kata apa dekat dia. Rasa mcm ucap terima kasih ja... tapi rasa mcm diam
seribu bahasa.. kami pon berpisah dan berlalu pergi membawa haluan
masing-masing. Cewah... mcm bercinta... tapi dak aih... xkenai pon mamat tu.
AKU PASRAH, pasrah sbb xtau kelas dekat mana.. hahaha
Aqilah kata dekat
aku: “KAK INAZ, NI BUKAN INSANIAH TAU, NI UKM”... kami pon ber huhuhuhu... dan masih mencari
kelas.
Naik la tangga
lagi... Aras 5 nuh bakhang... penat hanya Allah ja tau.. waktu tu klu dapat
ayar sejuk sedap... haha... Akhirnya jumpa juga kelas. Seronok betoi dah jmpa
kelas, masuk la kelas tu. Ramai betoi orang. Minggu pertama xpa lambat, haha.
Sbb pensyarah pon sekadar briefing pasal apa dia nak ajar. Minggu ni lah
penentuan kelas mana kita nak ambil. Sebab kena buat pilihan juga pada
subjek-subjek elektif dan subjek pilihan bagi jabatan lain.
Ada 3 kategori
pilihan subjek, kami wajib ambil 3 subjek bagi jabatan syariah (WAJIB JABATAN).
2 subjek pilihan dalam jabatan syariah (ELEKTIF JABATAN).. hat ni pilih la apa2
tp kena amek 2. Lagi satu pilih la satu subjek dari jabatan lain, so suka hati
la nak amek subjek apa dan jabatan mana. Boleh tentu sendiri... sama la ngan
degree dlu pon... pilih sendiri subjek dan masa. Aku bukan main pilih jabatan dakwah.
Hahaha.. Semangat la nak habaq ni. Gila x semangat. Minggu awal kan... hahaha
Semangat tentukan
pensyarah mana, subjek apa, masa bila. DEKAT UNIVERSITI BOLEH PILIH NAK MACAM
MANA. Boleh pilih pensyarah, boleh pilih masa kelas tu, boleh pilih subjek apa
nak. Tapi ni cerita sepanjang aku belajar dekat UKM la kadang sistem dekat
universiti ni ada sama kadang dia berubah.. macam hati kita la. Pasti akan ada
perubahan.
PESANAN UNTUK
MEREKA YANG NAK SAMBUNG BELAJAR
1. Pastikan
membuat pilihan dengan baik. Masa kelas tu susun bagi elok2. Ada waktu nak
makan. Ada waktu nak solat. UTAMAKAN SOLAT SEBAB ITU AMALAN PERTAMA AKAN DISOAL
DI AKHIRAT KELAK.
2. Kena ambil
tahu juga “gaya2” pensyarah ni, pensyarah tu orgnya mcm mna, nak menuntut ilmu
kena kenal GURU. Sat g ang dok hemtam saja mcm aku, jenuh... hahahahha
3. Kena ada ADAB
sebelum kita menuntut ILMU.
ORANG YANG TINGGI
ADAB NI LEBIH BAIK DARI ORANG YANG TINGGI ILMU.
Aku lebih
menghargai orang yang beradab, daripada orang berilmu... kalau hanya berilmu,
iblis pun lebih tinggi ilmunya daripada manusia.- Syekh Abdul Qadir Al-Jailani.
Ermmmmm, cerita
pasai ustaz tp bukan ustaz ni akan bersambung tau... haha.. tp hat sambungan
dia lagi lawak la.. mcm drama tv pukoi 7 tu... hahahahahha.
Dan In Shaa Allah... akan cerita pasal sahabat seperjuangan yang lain.. nantikan.. hihi